SMK SERI TANJONG
SMK Seri Tanjong merupakan sekolah menengah aliran Melayu yang pertama di daerah Kuala Selangor. Ia ditubuhkan pada 1 Januari 1960. Pada awal penubuhan, SMKST menumpang di Sekolah Rendah Kebangsaan Asam Jawa selama 2 tahun. Pada tahun 1963, bangunan yang ada sekarang ini mula dibina iaitu 3 buah blok bangunan dua tingkat. Pada 9 Jun 1968 pula, SMKST telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu, En. Mohd. Khir Johari.
Kini wajah SMK Seri Tanjong telah berubah wajah dengan mempunyai 6 blok bangunan, dilengkapi surau, kantin, koperasi sekolah, makmal komputer, pusat sumber sekolah, bilik SPBT dan padang.
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
PENGENALAN
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah bersifat menyeluruh dan meliputi program perkembangan, pencegahan serta pemulihan. Program perkembangan dan pencegahan lebih banyak dijalankan berbanding program pemulihan. Antara perkhidmatan yang disediakan iaitu bidang akademik, kerjaya, psikologi dan kesihatan mental, kepimpinan dan kaunseling individu / kelompok.
VISI
Mewujudkan iklim pendidikan yang kondusif, teraputik dan efektif dari aspek fizikal, perhubungan dan pengurusan berteraskan konsep perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berkualiti secara menyeluruh dan berkesan demi kecemerlangan pelajar dan sekolah
MISI
Dengan penuh rasa tanggungjawab dan bersungguh-sungguh menyediakan perkhidmatan menolong bantu pelajar dari aspek pengayaan,perkembangan,pencegahan dan pemulihan untuk mempertingkatkan pengetahuan,ketrampilan dan konsep kendiri positif yang perlu dalam menghasilkan masyarakat ‘ MADANI’ melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berkesan beramanah berteraskan falsafah pendidikan kebangsaan.
FALSAFAH
Bahawasanya setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh digembleng secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap,berkesan dan beramanah berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek intelektual, jasmani,emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.